Assalamualaikum w.b.t
Orang Kaya dan Berjaya sudah pasti ada cara berbeza yang membezakan diri mereka dengan orang kebanyakan.
Sudah pasti ada rahsia yang mereka simpan. Iaitu perkara yang orang lain tidak lakukan, tetapi mereka konsisten lakukan sehingga mereka berjaya dari semua segi termasuklah pengurusan kewangan.
Antaranya, Orang Kaya Berjaya amat bijak menguruskan duit mereka.
Walaupun mereka bekerja dan mendapat gaji sebulan sekali, ada perkara berbeza yang mereka lakukan dengan duit gaji tersebut.
Bagaimana?
Ini 3 tip rahsia bagaimana orang Kaya Jutawan Muslim amalkan bermula dari orang biasa hingga mereka menjadi luar biasa kaya dan berjaya.
Orang biasa akan menggunakan semua duit gaji mereka terlebih dahulu, dan jika ada lebihan baru mereka simpan.
Sebaliknya, berbeza dengan orang kaya berjaya, mereka akan gunakan hanya 70% sahaja daripada gaji mereka, manakala 30% lagi adalah untuk perkara yang rahsia.
Pecahan 70 % daripada wang gaji adalah untuk keperluan hidup, bayar bil dan makan-minum, nafkah dan keperluan lain.
Manakala 30% lagi untuk perkara rahsia di bawah.
3 Cara Urus Duit Gaya Jutawan
- 10% digunakan untuk sedekah, dan derma.
- 10% digunakan untuk pelaburan seperti untuk buka bisnes, belajar bisnes baru, kumpul dan beli aset, laburkan aset, dan apa-apa pelaburan yang memberikan pulangan.
- 10% digunakan untuk simpanan jangka panjang.
Sekiranya duit gaji hanya cukup-cukup makan sahaja bahkan negatif, anda perlu mulakan pelan untuk stabilkan kewangan dengan berniaga part-time.
Berniaga part-time tidak akan mengganggu masa bekerja anda, bahkan ia adalah langkah pertama untuk anda mencari pengalaman.
Peluang berniaga amat banyak secara online atau offline. Pilih satu yang sesuai dengan diri anda dan buat sampai mendapat hasil.
Hasil untung bisnes anda boleh gunakan formula di atas juga. Iaitu formula 70/30.
Semoga bermanfaat.
Silakan like, share dan komen 🙂