Ramai dari kita harini, tak sedar yang diri makan lebih banyak daripada sepatutnya.
Termasuk diri mie juga dulu dulu.
Kesannya, mie tak sedar berat badan naik hingga 90kg. Tak sedar baju kerja bertukar saiz setiap tahun.
Ni mie nak kongsikan 3 langkah mudah untuk kita semua ikut dan semak supaya masalah makan banyak itu tidak berlaku.
Langkah nya mie ringkas kan ikut nama M. I. E. Supaya apa? Supaya korang mudah ingat. Hehe
3 Tip Elak Makan Berlebihan
M – MAKAN ATAS MEJA MAKAN
Antara tabiat makan mie dulu. Setiap kali makan, mesti nak makan depan tv. Mesti nak makan sambil tengok tv.
Kesan nya? Kita jadi tak fokus dengan makanan yang kita makan. Secara tak sedar hormon kenyang yang dihantar ke otak jadi terganggu, dan menyebabkan kita terus makan dan makan walaupun perut kita sudah kenyang.
I – INGAT ALLAH
Nampak simple. Tapi inilah realitinya. Dengan baca doa sebelum makan. Secara tak sedar, ia membantu diri kita untuk lebih sabar. Malah kita juga akan jadi lebih tenang nak nikmati makanan secara perlahan-lahan
E – ELAK GANGGUAN GADJET/TV/BAHAN BACAAN
Bila ada gangguan seperti TV, telefon, kita tidak fokus dengan makanan kita. Akibatnya kita tak sedar, berapa banyak dah kita makan. Sebab mata dan fikiran kita tidak seiring.
Impaknya, bukan sahaja menyebabkan berat badan kita naik, malah hubungan keluarga kita juga boleh jadi renggang.
Kalau korang rasa 3 LANGKAH MUDAH UNTUK ELAK MAKAN BANYAK ni bermanfaat, sila share banyak – banyak. Supaya lebih ramai yang tahu, korang juga dapat pahala
Coach Mie
Coach Kurus Anda