Diri Kita Ada Expired

Salah satu tanda makanan dah expired adalah bila makanan tersebut bertukar bentuk.

Samada berubah warna, berbau mahupun bertukar rasa, jadi masam dan tak sedap.

Bila expired dan rosak, kita akan buang makanan tersebut. Sebab apa? Sebab dah takda manfaat dah, untuk kita makan.

Secara kita tak sedar, sebenarnya. Apa yang ada harini, semua nya ada expired. Sampai satu ketika akan rosak.

Termasuk lah diri kita juga ada expired. Kita perlu sedar, sampai masa nya kita akan tinggalkan dunia ni.

Entah esok, entah lusa, entah kejap lagi. Sampai masa nya kita akan mati. Bila mati, kita tak dapat lagi beri manfaat.

Masa hidup ni lah, kita ada peluang. Peluang untuk hidup beri manfaat.

Macam mana untuk beri manfaat?

Beri apa yang ada di tangan. Kita ada ilmu, kita kongsi ilmu, kita ada skil, kita kongsi skil.

Ditambah dalam keadaan PKP yang baru bermula. Pasti ramai yang ada cabaran samada dari sudut emosi diri mahupun ekonomi.

Jom kita sama-sama hidup beri manfaat. Setiap hari tanya dalam diri. Apa manfaat yang aku boleh beri harini.

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (Al-Baqarah 2:148)

A.Z.Mie

Coach Kurus Anda

#trustAllah #fitcouplestory

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *