5 Tip Motivasi Bangkit 2023

Assalamualaikum w.b.t

Salam tahun baru sahabat syurga. 🙂

Semoga tahun 2023 ini menjadi lembaran baru untuk kita buat yang terbaik di dalam hidup.

Apa yang berlalu sudah pun berlalu. Kini, masa sekarang adalah hadiah dan masa hadapan adalah harapan.

Jom kita bangkit kembali hidup kita jadi diri kita yang terbaik kerana bukankah Allah s.w.t jadikan manusia sebaik-baik kejadian.

Allah s.w.t beri kita pilihan untuk buat apa sahaja, jadi apa sahaja asalkan tetap menjadi hamba-Nya yang taat dan patuh kepada Allah s.w.t.

Saya kongsikan 5 tip motivasi bangkit sempena 2023 untuk kita bangkit kejar impian-impian di dalam hidup dan terus beri manfaat kepada lebih ramai orang. InsyaAllah.

5 Tip Motivasi Bangkit 2023

  1. Niat bangkit berjaya kerana Allah

    Setiap hari apabila bangkit daripada tidur, syukuri kehidupan hari ini dan mulakan niat untuk buat terbaik kerana Allah.

    Bangkitlah di awal pagi pukul 3, 4 atau 5 pagi dan nikmati saat indah bersama Allah di dalam keheningan pagi.

    Apabila dimulai niat kerana Allah, fikiran akan tenang dan tenteram dan tidak bimbang dengan masalah yang akan dihadapi setiap hari kerana yakin Allah bersama orang yang dekat kepada Allah.

  2. Rebut cinta Allah setiap hari

    Dalam apa jua kerja yang dilakukan, sertakan sekali rasa cinta kepada Allah. Buat kerja kerana ibadah kerana cintakan Allah.

    Allah suka orang yang bekerja dengan titik peluh hasil sendiri.

  3. Manfaatkan masa setiap saat

    Masa sentiasa bergerak setiap saat dan takkan berhenti sehingga ke waktu yang terakhir di dalam hidup kita.

    Oleh itu, peluang yang ada, masa lapang perlu dimanfaatkan untuk tambah kemahiran diri, belajar perkara baru dan buat perkara kebaikan yang boleh memberi manfaat.

    Elakkan membazir masa kerana masa yang berlalu takkan kembali lagi selamanya.

  4. Buat satu perkara sehingga selesai

    Sempena tahun baru, sudah pasti ada azam tahun lepas yang belum tercapai.

    Perbaharui azam dan tekad untuk pastikan apa yang telah dirancang diselesaikan walau apa jua cabaran yang datang.

    Ini kerana, ramai yang gagal bukan kerana tidak ada peluang, tapi tidak rebut peluang dengan tindakan sehingga selesai.

    Rancang dan bertindak sehingga selesai. Barulah kita akan nikmati satu perasaan yang sangat puas dan inginkan lagi kejayaan yang baru.

    Tidak kira sekecil mana kejayaan kita, ia adalah kejayaan kita atasi rasa takut bertindak yang ada di dalam diri semua orang.

  5. Usaha, tawakal dan doa kepada Allah

    Hidup hanya sekali. Jadi, mari kita berusaha dengan terbaik, bertawakal dan berdoa kepada Allah.

    Serahkan segala hasil kepada Allah. Tugas kita adalah berusaha sehabis baik, ganjaran rezeki serahkan kepada Allah Maha Pemberi Rezeki dan Maha Pengatur.

    Semoga tahun ini tahun terbaik kita semua. Aamiin 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *