Menang Dalam Peperangan

Hidup kita ibarat medan peperangan

Tanpa kita sedari, setiap hari kita berperang

Kita perang dengan fikiran kita.

Kejap kita fikir macam ni, kejap kita fikir macam tu pula.

Kita perang dengan emosi kita

Kejap gembira, kejap kecewa, sedih dan sebagainya

Dan lagi hebat, kita perang dengan fikiran dan emosi orang lain.

Perang dengan pasangan, perang dengan anak-anak, perang dengan jiran dan bermacam macam jenis perang lagi termasuk lah, tanpa kita sedari kita sedang berperang dengan virus yang kita tak nampak covid-19.

Pernah tak terfikir macam mana semua tu boleh berlaku?

Macam mana untuk kita menang dalam perang yang kita hadapi setiap hari?

Jawapan nya adalah kita start hidup damai. Apa itu D.A.M.A.I. Jom mie huraikan secara ringkas

FORMULA DAMAI

D – DIRI

Urus diri. Ambil berat tentang kesihatan diri, berat badan diri. Jika kita ada penyakit, kita obese, tengok balik apa yang kita makan 90 hari yang lepas.Start ubah apa yang kita makan. Sebab apa? Sebab semua ni akan pengaruhi emosi diri kita.

A – AKTIVITI

Urus aktiviti kita setiap hari. Start beraktiviti berjalan, berjoging, berkebun, bersenam. Pastikan setiap hari, kita ada rutin, yang perlukan diri kita bergerak. Sebab apa? Sebab bila kita aktif, tubuh badan kita akan keluarkan hormon-hormon yang happy. Dengan cara tu, kita dah start boleh urus emosi kita.

M – MASUK KUMPULAN

Cari kumpulan yang membantu diri kita untuk berubah. Nak biasakan perkara yang kita tak biasa. Buat dalam kumpulan. Baru mudah untuk kita capai. Nak hidup tenang, cari group yang ajar hidup tenang. Nak kurus, cari group kurus. Dalam menang dalam peperangan. Kita tak boleh buat keja sorang-sorang. Kena buat dalam kumpulan.

A – ASAH SKIL

Asah skil kita. Jangan takut untuk mencuba perkara baru dalam hidup. Sebelum kita nak menang dalam berperang. Kita latih diri kita dengan ilmu ilmu peperangan.

I – ISTIQOMAH

Istiqomah dalam buat semua, 4 perkara kat atas tadi. Mula dengan perubahan kecil tapi istiqomah. Sebab apa? Sebab diri kita yang sekarang adalah hasil pengulangan yang kita buat setiap hari. Sikap kita, tubuh badan kita. Semua nya adalah hasil pengulangan.

Jom kita start hidup damai. start hidup beri manfaat.

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia ( An-Nisā’ 4 :114 )

Kepada yang nak e-book bertajuk STRATEGI DAN PEPERANGAN Nabi Muhammad S.A.W boleh join group whatsap. Mie nak bagi percuma je ebook berharga ni.

Boleh klik link profil J

A.Z.Mie

Coach Kurus Anda

#trustallah #fitcouplestory

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *