Ujian Hadiah Terindah

Post kali ni panjang tapi boleh tenangkan hati yang gelisah dan beri harapan.

Kata kata semalam masih bermain difikiran. Ada orang tanya saya .

“Yana macam mana awak boleh berubah ke tahap macam ni?”

“Ya tak ya juga kan. Macam mana ya?”

Saya tarik nafas perlahan lahan dan duduk senyap. Banyak perkara yang saya lalui untuk sampai ke tahap saya sekarang. Bila saya lihat balik ada satu benda yang menjadi titik permulaan kepada semua ni.

Apa dia?

1. TERIMA DIRI DAN UJIAN

Begini. Jika kita tak diuji kita tak akan jadi orang baru. Tak akan berubah lebih baik dan masih duduk di zon selesa. Ujian yang Allah bagi menguatkan lagi kita. Membuat kita lebih bersedia untuk hari yang mendatang.

Bahkan jika kita tak diuji kita lagi jauh dengan Allah. Nauzubillah.

“Tapi Yana saya tak nampak pun. Saya rasa saya tak dapat apa apa pun dari ujian ni”

Sabar sahabat sayang.

Allah boleh kabulkan segala permintaan kita. Kalau Allah nak bagi sekarang pun boleh. Bukan ke Allah sendiri kata bahawa Allah sangat dekat dengan kita dan memakbulkan segala doa Kita? ( Al Baqarah 168)

Cuma Allah sedang persiapkan kita lagi. Ya! Ibarat ada satu bilik. Kita ditahan di dalam bilik itu. Supaya bila kita keluar nanti dan kita dah dapat semua apa yang kita nak, kita dah bersedia dengan ujian yang seterusnya.

Mungkin kali ini lebih hebat

Tapi kita dah kuat dan tahu macam mana nak kawal keadaan tu.

Kita dah tak lemah lagi. Kita dah tak sedih lagi.

“Boleh je Allah nak bagi sekarang. Saya dah sedia”.

Hati hati. Kadang memang kita rasa diri kita dah sedia tapi Yakin lah Allah tahu yang terbaik

Allah kan pencipta kita?

2. PERANCANGAN

Ya. Terima ujian dan diri bukan bermakna kita terima tanpa buat apa apa. Macam mana nak belajar jika kita duduk diam sahaja? Ramai orang yang hebat lahir daripada ujian yang hebat

Tak perlu bezakan ujian kita dengan orang lain. Sebaliknya terus hidup dengan penuh syukur.

Apa tanda kita syukur?

Kita mula sedar hargai dan nikmati hidup. Kita mula merancang untuk jadi Hamba Allah lebih baik. Mula merancang untuk jadi hebat

Bukan hanya untuk diri kita tetapi untuk beri manfaat pada orang lain.

Ingat lagi titik perubahan Yana yang paling Yana rasa bila Yana mula buat perancangan hidup. Yana tulis satu persatu apa yang Yana nak capai. Yana tulis semua impian Yana.

MasyAllah banyak yang Yana sedang capai. Walaupun kita rasa mustahil tak mustahil bagi Allah.

Sahabat sayang, daripada kita asyik bincang bila PKPB nak habis dan hidup dengan ketakutan tambah perasaan yang tak menentu lebih baik kita mula merancang. Mula lah nampak kilat yang Allah ciptakan sebagai harapan.

Mula nampak ujian sebagai peluang dan hadiah yang sangat Indah. Mula bina kembali impian. Tiada istilah lambat atau cepat. Paling penting ada rasa nak ubah. Nak upgrade diri.

InsyaAllah Yana dan team Yana akan bantu sahabat semua untuk bina kembali impian.

Kami akan adakan program My New Me untuk bantu sahabat syurga semua. 🙂

Sama sama kita bina impian . Sama sama kita nampak harapan. Sama sama kita jadi lebih baik daripada sebelumnya.

Perancangan ni bukan perancangan selama 1 tahun je tapi kita buat terus buat perancangan 5 tahun!

Sekurangnya jika hari ni hari terakhir kita, kita boleh kata pada Allah bahawa kita tak pernah putus asa. Kita sentiasa berharap dengan kasih sayang Allah Yang Maha Melangit Luas!

Jom kongsikan posting ni pada sahabat dan keluarga. Sama sama melihat harapan bukan lagi ketakutan .

“Dan janganlah berputus asa daripada Rahmat Allah” (Yusuf: 87)

Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air). Surah Ar-Ra’d, Ayat 12.

Sebarkan Kasih Sayang,

R. Yana

#alhamdulillah

#trustAllah

#AllahIsGreat

#almishkaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *