Kepada yang ada niat untuk nak turunkan berat badan. Harini coach nak kongsikan 3 mindset utama yang perlu you gais ada, sebelum memulakan journey untuk capai berat badan yang ideal
Pertama, fokuskan untuk dapatkan gaya hidup yang sihat, melalui pemakanan dan juga gaya hidup yang aktif. Ini yang jauh lebih utama berbanding, kepada hanya fokus kepada penurunan berat badan semata².
Kedua, fokus untuk mencapai tahap kesihatan diri yang baik. Bukan fokus kepada kurus semata mata, sehingga sanggup mengabaikan kesihatan. Sehingga kita skip sarapan, sehingga kita makan kurang daripada biasa.
Ketiga, fokus untuk bina habit yang sihat. Kerana diri kita yang sekarang adalah hasil daripada habit atau tabiat kita yang lama. Bila kita berjaya bina habit yang baru. Bermakna kita berjaya mencipta perubahan gaya hidup yang kekal lama.
Dan yang paling utama, kena tanam dalam mindset you gais semua perkara ni. “Berlapar, tak makan nasi, skip masa makan” Bukanlah penyelesaian kepada masalah berat badan anda.
Semoga belajar sesuatu. Boleh kongsikan, supaya lebih ramai dapat manfaat.
Coach Mie
Highest Energy
#trustAllah