Gemuk Is Awesome?

Gemuk atau obesiti adalah satu penyakit kronik yang semakin meningkat naik. Jika dulu obesiti hanya dikenal sebagai faktor risiko untuk dapat penyakit.

Tetapi hasil kajian mendapati obesiti ternyata adalah satu penyakit yang menyumbang kepada penyakit kronik yang lain boleh berlaku.

Faktor Obesiti

Antara faktor obesiti adalah dari tabiat makan makanan segera dan makanan diproses.

Ditambah semua makanan tersebut mudah didapati melalui aplikasi food panda dan grab food.

Bila diri kita obesiti, banyak kemungkinan penyakit lain boleh berlaku .

Penyakit Obesiti

Yang paling biasa adalah kencing manis. Daripada kencing manis ini pula akan membawa kepada penyakit kronik yang lain seperti penyakit jantung, strok, buta, dan juga penyakit buah pinggang.

Mengikut statistik lebih 50 orang rakyat malaysia mati setiap hari disebabkan penyakit jantung. Penyakit ini kekal menjadi pembunuh nombor satu rakyat malaysia.

Obesiti menyebabkan degupan jantung tidak teratur dan meningkatkan risiko serangan jantung. Orang yang obesiti mempunyai jumlah darah yang lebih tinggi untuk memenuhi tisu tubuh badan. Untuk itu jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat dan menjadi sebab serangan jantung boleh berlaku.

Obesiti adalah penyakit yang membawa diri kita ke satu perangkap besar penyakit. Kesan nya bukan sahaja kepada tubuh badan kita.

Malah menyebabkan masalah penyakit mental. Imej badan yang buruk menyebabkan kita tidak yakin dengan penampilan diri dan memberi tekanan psikologi. Akibat ketegangan mental ini membawa diri kita untuk akan makan berlebihan.

Semua perkara ini dapat kita elakkan dengan makan secara sihat dan ditambah dengan gaya hidup yang aktif seperti bersenam, briswalk dan sebagainya. Sebab dengan cara ini, kita lebih mudah untuk kawal berat badan kita.

Nak saya bantu anda kurus dengan mudah dan selamat? Klik link profil untuk saya bantu 🙂

A.Z.Mie

Coach Kurus Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *