Kesan Tinggal Gula Kepada Body

Pernah tak kita terfikir, apa akan jadi bila kita behenti makan gula?

Jika kita nak kurus, perkara pertama yang kita perlu belajar adalah behenti mengambil gula secara berlebihan.

Gula sebenarnya terdapat dalam hampir semua makanan yang kita ambil setiap hari. Untuk kita nak kurus, kita perlu belajar kenal pasti jenis gula antara gula semulajadi dan gula yang diproses.

Gula semulajadi terdapat dalam susu, madu, dan buah sementara gula yang diproses pula terdapat dalam makanan junk food dan proces food, yang mana semua makanan ini adalah makanan yang tinggi kalori dan boleh menyebabkan berat badan kita boleh naik.

Manakala gula halus yang biasa kita guna sebenarnya mempunyai nilai pemakanan yang kosong dan ia memberi kesan buruk kepada tubuh jika diambil secara berlebihan.

Jika kita rujuk dalam Al-Quran, Allah ada sebut.

Makan dan minumlah. Janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebihan – Al-A’raf : 31

Bila kita makan gula berlebihan apa akan jadi?

Kesan Makan Gula Berlebihan

Gula yang kita ambil berlebihan tersebut akan bertukar menjadi lemak dan mengakibatkan berat badan kita naik secara tak sedar.

Malah masalah keradangan pada kulit kita seperti kulit kendur dan berkedut juga boleh berlaku bila kita mengambil gula berlebihan. Dan lama kelamaan orang akan nampak kita lebih tua daripada usia sebenar disebabkan kulit kita kendur dan berkedut.

Jika kita cukup serius untuk nak kurus dan nak sihat, kita kena belajar untuk tinggal gula yang diproses. Behenti daripada membeli minuman berkarbonat. Behenti daripada membeli makanan junk food dan proces food.

Mula biasakan diri untuk lebih banyak mengambil air putih berbanding air manis. Mula belajar untuk kurangkan atau tinggalkan makanan bergula. Mula belajar untuk mengambil makanan yang semulajadi, yang raw, yang datangnya daripada kebun kebun atau pun ladang ladang.

Kerana apa? Kerana ia memberi kesan yang cukup cukup positif dalam kesihatan kita dan secara langsung membantu diri kita untuk capai berat badan yang sihat.

Nak Coach Mie bantu anda kurangkan berat badan dengan selamat? Boleh rujuk profil Mie di bawah ya.

A.Z.Mie

Coach Kurus Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *