Semua orang tahu mengenai sesuatu hal dalam dunia ini, sama ada tahu mengenai agama yang benar, tuhan yang satu, tentang kematian.
Namun, tidak ramai yang sedar bahawa kita semua sangat hampir kepada semua itu.
Ramai yang belajar untuk menghadapi peperiksaan dan mendapat sijil semata-mata, ada juga yang bekerja untuk wang dan harta serta ada yang sanggup bersekengkang mata demi dunia seolah-olah bakal hidup selama-lamanya.
Sedangkan mungkin celik mata sahaja esok, kita sudah pun berada di alam lain.
Pada waktu itu, jangan meraung meminta dikembalikan ke dunia untuk beribadah dan bekerja keranaNya, kerana ia tidak akan pernah terjadi.
Seandainya kita merasakan apa jua peperiksaan dan deadline yang akan kita hadapi di atas dunia ini sangat dekat, ingatlah bahawa kematian lebih dekat.
Kerana apa?
Kerana ia merupakan rahsia Allah, sama ada kita sedar atau tidak.
Kebiasaan bila kita nak menduduki peperiksaan, pasti kita akan membuat persediaan yang secukupnya dan mengatur strategi yang sangat rapi untuk bertempur di medan perang, namun, adakah sama dengan persiapan kita untuk menghadapi kematian.
Semalam dalam group my New Me papa Faizal Noor telah share tentang 3 perkara penting yang perlu kita ingat semasa hidup.
3 Perkara Penting Sebelum Akhir Hidup
1. Ingat mati.
Apabila kita tahu yang gidup kita singkat kita takkan buang masa untuk buat perkara tak baik, sebaliknya kita akan isi masa untuk menceriakan diri sendiri dan orang kesayangan di sekeliling kita serta buat aktiviti yang bermanafaat.
2. Syukuri nikmat yang Allah bagi.
Mulakan syukuri nikmat yang Allah bagi pada diri, setiap kali bangun tidur ucaplah Alhamdulillah, syukur Allah masih bagi kita bernafas, Allah bagi kita mata dapat melihat pasangan dan anak di sebelah, Allah bagi kita tangan untuk menyentuh pasangan dan anak anak, Allah bagi kita kaki untuk berjalan Allahuakbar memang besar sangat nikmat Allah bagi.
3. Hasrat hati/impian sekarang.
Ramai yang ada impian tapi sekadar impian sahaja.
Ada juga yang tak tahu macammana nak buat/tulis impian.
Baik noorli share apa yang papa Faizal sampaikan dalam group My New Me.
Kita cari satu masa yang tenang, tiada gangguan.
Seeloknya duduk dikerusi, dengan kaki terjuntai kebawah menyentuh lantai.
Duduk tegak.
Mulakan penafasan 4-4-4
Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat (kembungkan di bahagian perut seperti bayi bernafas)
Tahan 4 saat
Lepas melalui mulut selama 4 saat.
Buat teknik ni berulang kali sampai kita tenang.
Setelah tenang, mula bertanya pada diri kita yang paling dalam, pada nurani tanpa dipengaruhi oleh akal kita,
“Sekiranya kesihatan, wang, masa dan sebagainya bukan penghalang, apa yang aku ingin jadi dan capai dalam hidup sebelum mati?
Start tulis skrip kehidupan kita.
Kalau nak senang bahagikan kepada beberapa bahagian. Impian antaranya untuk
1. Diri sendiri
2. Pekerjaan kita
3. Kesihatan
5. Aset
6. Sumbangan/manafaat pada ummah
7. Ibadah
8. Ibu bapa dan keluarga dan lain-lain
Mahu tak kita sama-sama merancang skrip kehidupan kita?
Pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, jemput sertai online class MY NEW ME bersama sahabat sahabat Noorli.