Pengenalan Hypnobeauty

MISI DAN VISI HYPNOBEAUTY :
MEMBANTU DAN MEMBIMBING WANITA BANGKIT, BERKEYAKINAN, TENANG, BAHAGIA, POSITIF, BERSYUKUR, CANTIK LUARAN DAN DALAMAN UNTUK SENTIASA TABAH MENJALANI KEHIDUPAN UNTUK BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

Q&A

APA ITU HYPNOTHERAPY?
Satu cabang ilmu psikologi sebagai rawatan alternatif kepada masalah berkaitan emosi, tabiat, trauma atau fobia, yang menggunakan minda bawah sedar.

APA KAEDAH YANG DIGUNAKAN?
Menggunakan taknik meng ‘non-aktifkan’ minda sedar dan terus masuk ke dalam minda bawah sedar dengan program tertentu (sugesti/kata saranan).

APA ITU HYPNOBEAUTY?
Menggabungkan terapi secara hypnosis untuk memperkasakan wanita agar terus bangkit dalam memelihara kesempurnaan kecantikan diri secara menyeluruh.
💜Mempunyai minda dan pemikiran yang positif dan berjaya.

💜 Memiliki hati yang sentiasa tenang, penuh kasih sayang dan damai.

💜Membawa jiwa yang teguh, keimanan, kekuatan dan kebergantungan kepada Allah dalam menjalani kehidupan penuh ikhlas.

APA ITU EMOSI?
Emosi adalah perasaan atau rasa yang dimiliki oleh setiap manusia, ia terdiri daripada emosi positif dan negatif.
💜Gembira, cinta, bahagia, bersyukur, sayang, ceria,
Atau marah, benci, ego, dendam, sedih, dan sebagainya.

  1. Apa itu emosi yang stabil?
    💜Emosi yang stabil mempunyai perasaan yang sentiasa positif dan tenang seperti kasih sayang, cinta, keberanian, keyakinan dan sebagainya.
  2. Apa itu emosi yang tidak stabil?
    💜 Mempunyai masalah emosi seperti stress, depresi, terlalu cemas, terlalu pemalu, phobia, sedih melampau, dendam dan benci yang menghantui diri.
  3. Contoh-contoh trauma dan phobia.
    💜Trauma
  • penderaan fizikal atau emosi, perkosaan, kemalangan, kejutan mental.
    💜Phobia
    -jenis makanan tertentu, haiwan, tempat tinggi, tempat gelap, jarum, atau benda tajam.
  1. Apa beza Minda Sedar dan Minda Bawah Sedar.

💜 Minda sedar adalah minda di otak yg kita sedar dalam mengawal sesuatu hal. Hanya 10% minda sedar digunakan oleh manusia dalam kehidupan.

90% selebihnya dikawal oleh minda bawah sedar. Minda bawah sedar melibatkan kawalan sistem tubuh secara automatik seperti, degupan jantung, sistem saraf, pencernaan, dan pemulihan tubuh secara semula jadi.
Selain daripada itu, minda bawah sedar yg lebih dalam adalah terletak di hati nurani, setiap insan dilahirkan bersama naluri dan perasaan.
Oleh itu, niat atau cetusan hati adalah penting dalam kehidupan sekaligus memprogram diri seseorang itu.

  1. Apa tanda saya hadapi anxiety dan depresi?

💜 Secara fizikal – tegang otot terutamanya di tengkuk dan bahu, jantung berdebar, seram sejuk, sesak nafas, pening, sakit kepala, kerap berpeluh, kebas seluruh badan, mulut kering, gangguan pencernaan, sakit perut, loya, mual, cirit birit, gelisah, isomnia, susah tidur, hilang berat badan berpanjangan atau naik dengan mendadak dan hilang keinginan seks.

💜 Secara emosional / psikologikal – khuatir keterlaluan, sentiasa cemas dan bimbang berterusan, sifat cepat marah, tiada kesabaran, merasa resah gelisah, kepenatan melampau, mimpi yg jelas, over thinking, tidak dapat buat keputusan, susah focus, memori menyusut atau pelupa, takut perihal hati dan takanan yg melampau.

Secara sikap –
Banyak kerja tertangguh, sukar siapkan tugasan, ketakutan, suka mengelak sesuatu situasi, rendah diri, kecemasan sosial, tak selesa berada bersama kelompok orang ramai, suka melaga lagakan gigi, suka membebel,mengeluh keterlaluan , perubahan ketara kuantiti makanan.

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *