Atasi Kemurungan 3 – Kesan Sampingan, Pencegahan dan Rawatan Kemurungan

Kesan Sampingan Kemurungan

• Mulut kering : minum air yang banyak,kunyah gula-gula getah yang kurang gula,bersihkan gigi setiap hari

• Sembelit : makan bijirin, buah prune,buah-buahan dan sayur-sayuran

• Masalah pundi kencing

• Masalah seksual

• Penglihatan yang kabur

• Pening

Pencegahan Kemurungan

• Ketahui penyakit anda

• Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan

• Bertenang dan sentiasa bersikap positif

• Rancang kewangan anda

• Amalkan gaya hidup sihat

• Menyertai aktiviti yang akan membuat kita rasa gembira.Contohnya bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti keagamaan atau sosial

• Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan

Rawatan Penyakit

Kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif

• Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’

• Terapi elektrokonvulsif (ECT)

• Psikoterapi

• Kaunseling

Apa yang perlu dibuat jika anda mengalami kemurungan?

• Berjumpa dengan doktor di Hospital/Klinik Kesihatan yang terdekat

• Berjumpa dengan kaunselor

• Buat sesuatu yang boleh membuat anda ketawa

• Rehatkan diri dari perkara rutin

• Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko

• Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan

• Dekatkan diri kepada tuhan

Salah faham tentang kemurungan

• Ianya tidak boleh dirawat

• Ianya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya

• Ianya sesuatu yang memalukan

• Ianya petunjuk seorang yang mempunyai karektor yang lemah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *