Atasi Kemurungan 2 – Siapa berisiko? Kenali Tanda dan Gejala Kemurungan

Tanda-tanda dan gejala kemurungan

• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan

• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan

• Cepat rasa letih dan tidak bertenaga

• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa

• Perasaan bersalah

• Rasa diri tidak berguna

• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur

• Hilang selera makan dan penurunan berat badan

• “Rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaanbunuh diri

• Rasa tidak tenteram dan mudah marah

• Kurang daya tumpuan dan ingatan

• Sukar membuat keputusan

• Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dangangguan penghadaman

• Kurang nafsu seksual

• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah

• Mudah cemas atau fobia

Siapa yang berisiko?

• Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas

• Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan

• Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi,Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)

• Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba

• Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba

• Perceraian

• Masalah rumahtangga

• Masalah keluarga

• Penyalahgunaan dadah dan arak

• Pengambilan ubat-ubatan ter tentu

• Mangsa penderaan

• Tekanan di tempat kerja

• Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak

• Kecenderungan mudah risau atau bimbang

• Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)

• Krisis ekonomi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *