Atasi Kemurungan 1 – Maksud dan punca kemurungan

Apa itu kemurungan ?

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Penyebab/ Punca Kemurungan

• Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidak seimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)

• Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya

• Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga dan sosial

• Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan

• Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan

• Corak pemikiran : terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.

• Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal.

• Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.

• Kehilangan orang yang disayangi, dan

• Baru melahirkan anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *